Home » , , , » NAZMI FAIZ MANSOR selamat tinggal Beira-Mar

NAZMI FAIZ MANSOR selamat tinggal Beira-Mar

Written By Unknown on Thursday 7 February 2013 | 19:20



Nazmi - kehilangan orang tersayang ada kemungkinan dikatakan menjadi titik tolak Nazmi Faiz Mansor meninggalkan Beira-Mar.

Menurut sumber, Nazmi pada awalnya telah membeli tiket untuk pulang sempena cuti Krismas dan sambutan tahun baru.

Pada masa sama juga, tanpa diduga, salah seorang ahli keluarga yang rapat dengannya meninggal dunia.

Difahamkan, Beira-Mar enggan melepaskan Nazmi untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Sumber memberitahu, keengganan kelab Portugal itu menjadi antara punca Nazmi meninggalkan benua Eropah.

Di sebalik perkembangan itu, hasrat peminat tempatan untuk menyaksikan kelibat Nazmi beraksi di pentas Eropah lebih lama tidak kesampaian.

Ini kerana pemain berusia 19 tahun itu mengambil keputusan menamatkan kontrak tiga tahunnya dengan kelab Divisyen Satu Portugal, SC Beira-Mar.

Sebelum ini, Nazmi mencipta sejarah muncul selaku pemain tempatan pertama beraksi di Portugal.

Namun, kepulangan mengejutnya dan menyertai pasukan berstatus kelab PKNS FC mencetuskan kontroversi serta tanda tanya.

Pada sidang media Ahad lalu, Nazmi tetap dengan pendirian enggan mendedahkan punca dia meninggalkan SC Beira-Mar sambil menegaskan keputusan yang diambil demi kebaikan dan masa depannya.


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Xda TV
Copyright © 2011. XDATV - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Xda TV
Proudly powered by Blogger