Home » , , » Apple kaji bangunkan iWatch

Apple kaji bangunkan iWatch

Written By Unknown on Tuesday 12 February 2013 | 17:17



Selepas berjaya menakluki desktop, perpustakaan muzik dan telefon pintar, Apple mahu menghiasi satu lagi tempat yang dijangka dapat menarik perhatian pengguna yang obses terhadap gajet iaitu di pergelangan tangan pengguna.

Menurut laporan dalam The New York Times, ketika ini, syarikat itu membangunkan satu aplikasi pintar pada jam tangan yang akan menggunakan perisian operasi IOS yang sama seperti iPhone, iPad dan iPod.

Jam tangan tersebut mempunyai skrin kaca melengkung di mana pengguna sudah biasa dengan eksplorasi yang diperkenalkan syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, Apple tidak memberi maklum balas segera berdasarkan berhubung laporan itu.

Tahun lepas, Corning, yang membuat Gorilla Glass digunakan untuk iPad dan iPhone, berbentuk nipis dilancarkan, di mana versinya lebih sensitif terhadap sentuhan dan membuatkan ia lebih mudah untuk menghasilkan jam tangan yang berlekuk.

Mengiayakan andaian bahawa ia turut memasukkan aplikasi sembang seperti Facetime, peminat Dick Tracy  sebenarnya boleh meninggalkan impian lama untuk hidup untuk mempunyai video yang mempunyai Two-Way Radio di pergelangan tangan.

Laporan CNN menyebut bahaw jika pelan perancangannya tepat, Apple boleh mengambil petunjuk daripada kepentingan pasaran yang telah ditunjukkan dalam beberapa produk.

Pebble, jam tangan yang menggunakan teknologi Bluetooth, yang digunakan untuk menghubungkan telefon pintar pengguna, memecah rekod jualan sehingga AS$10.2 juta (RM31.6 juta) tahun lepas.

TikTok dan LunaTik, dua gaya alat pergelangan tangan yang bertukar kepada iPod Nano kepada jam tangan pintar, meraih AS$942,000 (RM2.9 juta).

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Xda TV
Copyright © 2011. XDATV - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Xda TV
Proudly powered by Blogger