Home » , , , » Terlanjur Cinta (2012)

Terlanjur Cinta (2012)

Written By Unknown on Wednesday 9 January 2013 | 15:22


Sinopsis/Plot Summary:

mengisahkan tentang cinta Nia (Saleha) yang meminati Fareth (Aqasha), anak orang kaya yang menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan. Fareth sering mengambil kesempatan ke atas kebaikan Nia yang juga sukakan Fareth, tetapi perasaan itu hanya dipendamkan di dalam hati.

Setelah tamat pengajian, Nia mendapat kerja di syarikat milik keluarga Fareth dan lelaki itu cuba menggoda Nia namun seringkali tidak berjaya. Kerana mempunyai niat buruk untuk mengenakan Nia, akhirnya Fareth terpaksa berkahwin dengan wanita itu apabila mereka ditangkap khalwat.

Bermulalah detik hitam Nia, dia dilayan bagai sampah oleh Fareth dan kemunculan Amanda (Marsha) menambah duka seorang isteri yang ditanggung Nia. Karya Terlanjur Cinta yang mungkin bakal menjadi fenomena buat penggemar drama Melayu itu disiarkan setiap Isnin dan Selasa pukul 8.30 malam.


Mula Tayangan: 20 November 2012
Hari Tayangan: setiap hari Isnin hingga Khamis
Masa Tayangan:8.30malam.
Episode: 14 episod
Pelakon: Siti Saleha, Aqasha, Marsha Milan, Nazim Othman, Zul Ariffin, Raja Ema, Ridzuan Hashim
Arahan : Erma Fatima

Preview :

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Xda TV
Copyright © 2011. XDATV - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Xda TV
Proudly powered by Blogger